Sejarah awal negara
SEJARAH AWAL NEGARA LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA Sejarah awal negara ini telahpun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi. Antara petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan, Perak, Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah. Perkembang ini terus berlaku pada abad-abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam. KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu, iaitu akar umbi pembentukan negara Malaysia. KERAJAAN MELAKA - Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu Melaka yang tertua dalam sejarah Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi seperti keraja...