Sejarah pilihan raya di Malaysia



SEJARAH PILIHAN RAYA
DI MALAYSIA

  • Pada 27 Julai 1955, Pilihan Raya Persekutuan yang pertama di Tanah Melayu telah diadakan. Antara parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini adalah;
                              a)Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC. PERIKATAN                                    bertanding di kesemua 52 kerusi, seorang bagi tiap-tiap kawasan pilihan raya. 
                              b) Parti Negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 orang calon. 
                              c) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calon. 
                              d) Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah Parti                                            Buruh, Parti Kemajuan Perak ( kemudian menjadi Parti Kemajuan Rakyat), 
                                  Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu. 




  •  Setelah selesai kiraan undi, PERIKATAN memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS. 
  • Pilihan raya Persekutuan ini telah memulakan satu era baharu dalam perkembangan  politik  di Malaya. Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali. 
  • Pilihan raya umum diadakan untuk memilih wakil-wakil Parlimen untuk menerajui pemerintahan negara dan memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri untuk mengetuai kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, YDPA boleh mengarahkan agar pilihan raya diadakan lebih awal daripada tarikh sebenarnya. 
  • Sekiranya YDPA membubarkan Parlimen, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Bagi Sabah dan Sarawak, tempohnya adalah lebih panjang, iaitu 90 hari  untuk menjalankan pengundian memandangkan ramai antara penduduknya yang tinggal di kawasan pedalaman.


   MIC 
  1. John Thivy adalah presiden parti bagi parti ini.
  2. MIC ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu. 

MCA
  1. Tan Cheng Lok adalah presiden pertama. 
  2. Tujuan penubuhan parti ini adalah:
  •  menjalin dan memelihara kebajikan dan keharmonian etnik.
  •  menjaga kepentingan dan kebajikan orang Cina.   
  • memajukan dan membantu mengekalkan suasana aman damai.   
BARISAN NASIONAL

  1. Pada 1974, Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional bagi memperkukuhkan kerjasama antara etnik melalui politik supaya setiap kumpulan etnik dapat pertimbangan sewajarnya dalam politik Malaysia.                    


                                                                                                                                                                                                                                                  
                                                 

                        

Comments

Popular posts from this blog

5.3.2 Kebudayaan dan Adat Resam

Kerajaan Melayu Lama

Pendudukan kuasa asing