5.3.2 Kebudayaan dan Adat Resam


       KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM


  • Kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat. 
  • Adat resam pula adalah amalan yang diwarisi turun-temurun dalam sesuatu masyarakat dan ianya telah menjadi kebiasaan. 
KAUM CINA 


Jadual 5.12 Antara Kebudayaan dan Adat Resam Masyarakat Cina


  • Dari segi perayaan, masyarakat Cina mempunyai beberapa perayaan yang disambut dalam satu tahun. 




Jadual 5.13 Perayaan-perayaan Masyarakat Cina








Gambar 5.5 Suasana Sambutan Tahun Baru Cina oleh Masyarakat Cina



  • Pada peringkat awal penghijrahan, didapati masyarakat Cina mempunyai semangat kesukuan yang kuat. 
  • Dari segi pakaian, kebanyakan masyarakat Cina (kini) berpakaian moden yang bercirikan Barat. Pakaian tradisi golongan wanita Cina sehingga kini masih kekal terutamanya ketika sambutan perayaan. Salah satu darinya ialah 'samfoo'.
  • Kehidupan masyarakat Cina tidak lagi terasing daripada masyarakat Melayu, India dan kaum-kaum minoriti yang lain.
Kelahiran

Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung. Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali.
Ibu yang mengandung mesti berjaga – jaga supaya tidak terperanjat dengan benda – benda yang tidak baik. Pantang larang itu diamalkan selama kira – kira sebulan selepas bersalin.
Orang Cina tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat badannya”. Sebaliknya kata – kata pujian seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi” dapat diterima.

Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. Sesetengah keluarga meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur satu tahun.

KAUM INDIA

  • Masyarakat India juga mempunyai nilai-nilai kebudayaan dan adat tradisi mereka yang tersendiri. 
  • Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta. 


Brahmin
  • Terdiri daripada golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta. 
Ksyatria
  • Terdiri daripada golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta. 
Vaisya
  • Terdiri daripada rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya disamakan dengan paha pencipta. 
Sudra
  • Terdiri daripada golongan hamba abdi yang kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta. 



  • Pakaian tradisi wanita ialah sari, iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan pada badan dan dipakai bersama sehelai blaus.
  • Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta, iaitu pakaian putih untuk kekuil atau perayaan tertentu.
  • Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi ataupon roti roti tertentu. Antara roti yang popular ialah 'chappati', 'parratta' dan 'puri'. Nasi dan roti dimakan bersama dengan kari atau dal. 
  • Masyarakat India tidak memakan daging babi atau lembu.

Perkataan Tamil dalam Bahasa Melayu

Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu. Sejarahwan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa zaman dahulu.

Kematian

Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh. Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau di kebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat ditentukan.






Comments

Popular posts from this blog

Kerajaan Melayu Lama

Pendudukan kuasa asing