Pendudukan kuasa asing

PENDUDUKAN KUASA
ASING  


 Apabila dunia Eropah mula terdedah dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan serta penjajahan, Tanah Melayu tutur menjadi tumpuan kuasa-kuasa Barat. Tanah Melayu mula mengalami pengaruh pendudukan Barat apabila kerajaan Melayu Melaka ditewaskan Portugis pada tahun 1511. Sememangnya penjajahan bermula pada abad ke-15, Portugis dan Sepanyol adalah antara kuasa Barat yang paling berpengaruh dalam usaha meluaskan kekuasaan masing-masing di Alam Melayu.

     Bermula pada tahun 1511 hinggalah negara memcapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, catatan sejarah menunjukkan negara ini telah diduduki kuasa -kuasa asing selama 446 tahun. Pendudukan kuasa asing dimulai oleh Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824) dan British (1824-1957). Selain itu, negara juga pernah diduduki Jepun (1941-1945). Di bahagian lain pula, Negeri-negeri Melayu Utara pernah dinaungi oleh Kerajaan Siam.



Rajah 1.2 Pendudukan Kuasa-Kuasa Asing di Tanah Melayu



PENDUDUKAN PORTUGIS

  • Portugis berjaya menawan kota Melaka pada tahun 1511. Portugis hanya berjaya menawan kota dan pelabuhan Melaka sahaja. 
  • Secara keseluruhannya, Portugis menduduki Melaka selama 130 tahiun, dari tahun 1511-1641. Wizurai yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka ialah Alfonso de Albuquerque.
  • Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk militer atau ketenteraan. Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama 3-4 tahun.
  • Portugis cuba bertahan  di Melaka walaupon sering mendapat ancaman daripada waris Sultan Mahmud di Johor dan Aceh. 


Rajah 1.3 Carta Pentadbiran Portugis di Melaka


PENDUDUKAN BELANDA 


v Belanda telah tiba di Kepulauan  Melayu  pada tahun 1559.
v Matlamat utama mereka ialah untuk mendapatkan  remaph ratus, buah pala dan kayu cengkih.
v Kepesatan perdangan  telah  mendorong pedagang pedagang Belanda bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur atau V.O.C pada tahun 20 Mac 1602.
v Belanda menubuhkan syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) tahun 1602 untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.
v Pusat utama ialah di Betawi (Jakarta).
v Belanda cuba menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di Negeri-Negeri Melayu.
v 1641 – Belanda menyerang Portugis di Melaka dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor.
v Belanda menyekat kapal dagang supaya berdagang di Betawi.
v Penjajahan Belanda berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada tahun 1824.

BELANDA DI MELAKA

      Pada tahun 1619, Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa  di mana Betawi menjadi  pelabuhan alternatif kepada para pedagang  dari seluruh dunia.
      Belanda telah beberapa kali  melancarkan serangan ke atas Melaka bagi  memastikan  penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali .
      Selepas  menguasai  Pelabuhan  Melaka , Belanda (V.O.C) telah melaksanakan beberapa dasar emi menjayakan matlamat mereka seperti yang berikut:
v Mewajibkan setiap  kapal pedagang mendapatkan pas kebenaran berdagang untuk  berdagang di Melaka.
v Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri negeri Melayu (terutama di Perak,Selangor dan Sungai Ujong) dengann menandatangani perjanjian dengan raja raja Melayu.
      Ketika menduduki Melaka , Belan da dikatakan telah mengumpul hasil hasil timah negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun paa akhir abad ke-17 hingga ke-18.
      Pedagang  Cina dikatakan amat meminati timah timah dari Tanah Melayu yang disebut lebih mudah ditempa berbanding dengan timah dari barat




Gambar 1.5 Bangunan Stadhuys di Melaka


PENDUDUKAN DI PERAK

      Seawal tahun 1639, Sultan Muzaffar Syah 11 (Raja Sulong)  telah membenarkan Belanda menjalankan perdagangan  timah.
      Pada tahun 1641, V.O.C menuntut mono[poli penuh dagangan timah di Perak, tetapi tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar.
      Belanda kemudian meminta bantuan dari Aceh untuk mendapatkan monopoli tersebut dan Sultan Tajul Alam Safiatuddin hanya memberi kebenaran kepada Belanda untuk berniaga di Perak.
      Akibat daripada kejadian penabalan  Aceh terpaksa tunduk dengan permintaan Gabenor Jeneral Belanda pada ketika itu, iaitu Cornelis van der Lijn.
      Truijtman ke Perak untuk menandatangani satu perjanjian dengan Sultan  Muzaffar pada 15 Ogos 1650 dan seterusnya mendirikan logi mereka  di Kuala Perak. Logi tersebut telah diserang oleh  orang Perak dan menyebabkan 27 orang terbunuh dan logi dimusnahkan.
       Pada tahun 1655,iaitu  semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar , sekali lagi Truijman ke Perak untuk menuntut perkara -perkara berikut:
v Perjanjian supaya diperbahui .
v Memonopoli bijih timah sepenuhnya.
v Menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam serangan sebelum ini.
      Sultan tidak melayani tuntutan ini.Akhirnya ,sultan manandatangani perjanjian  dengan Belanda pada 20 Jun 1659 menetapkan hanya Belanda  yang berhak membeli timah di Perak dengan harga 30 rial sebahara.
      1795 akibat beberapa  faktor seperti surat-surat Kew dan status V.O.C  yang dibuBelanda membina semula loginya di Perak.
      Pada tahun  1690, kota dan logi Belanda terpaksa ditutup kerana diserang oleh pemimpin-pemimpin Perak.
      Pada pertengahan abad ke-18, Belanda kembali ke Perak dan menduduki Pangkor.Akibat  satu pertikaian yang tercetus antara  Sultan Muzaffar dengan saudaranya.
      Hasilnya , satu  perjanjian ditantangani pada 25Jun 1747 dan  Belanda diberi kebebasan berniaga timah di Perak.
      Dasar berkerjasama dengan Belanda kemudian diteruskan oleh Sultan Iskandar Zulkarnain.
      Ketika perak di bawaH PEMERINTAHAN Sultan Mahmud Syah(1765-1773),perjanjian Perak-Belanda(V.O.C) .belanda diwakili oleh Everard Cramer.
      Belanda terus berusaha mendapatkan harga yang lebih rendah.Sultan Alauddin Syah,baginda bersetuju menurunkan harga kepada 32 rial.
      Belanda dan V.O.C semakin tertekan apabila pentadbiran [Perak dipangku dipangku oleh Raja Muda apabila Sultan Ahmadin tidak sihat.Akhirnya logi belanda di Tanjung Putus terpaksa ditutup pada tahun barkan.

BELANDA DI SELANGOR

      Di kuala selangor,satu bahara timah dapat dijual dengan  harga 38 rial .Apabila  Belanda menawarkan harga 36 rial. Belanda yang tidak berpuas hati telah menyalahkan Sultan Selangor sebagai bertangungjawab mempengaeruhi penusaha timah I Perak,Rembau dan Lingga untuk menjual timah ke Selangor.
      Dalam suatu pertempuran , Belanda telah berjaya mengalahkan orang Bugis.Satu perjanjian telah dibuat antara Belanda dengan orang Bugis terbabit pada tahun 1758 .
      Kebimbangan Belanda bertambah memuncak apabila Kuala Selangor mula dikunjungi oleh kapal dagang British.Mereka pada mulanya berniaga kain dan candu,kemudiannya mula membeli hasil dagangan timah di sini.
      Pada tahun 1770-an,Sultan Ibrahim memainkan dua peranan penting dalam ekonomi Selangor.
      Mengadakan hubungan baik dengan British  bagi mengelakkan ancaman-ancaman ketenteraan Belanda dari Melaka.
      Sultan ibrahim  telah melihat bahawa hubungan baik dengan British dilihat sebagai  sangat signifikan kerana bukan sahaja mengatasi masalh perdagangan dan politik yang dihadapinya dengan kuasa Belanda dari Melaka,malhan dapat melindungi dirinya daripada ancaman kuasa-kuasa Melayu serantau seperti Kedah,Minangkabau dan Siak.
      Persaingan-persaingan ekonomi sebigini ditambah pula dengan Belanda yang melibatkan Selangor ,akhirnya memaksa Sultan Ibrahim dan Belanda yang melibatkan Selangor ,akhirnya memaksa Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian pada 29 Julai 1786.
      Perjanjian ini adalah untuk memastikan aktiviti perdagangan di Selangor dapat terus dijalankan.Perjanjian ini sempat diperbaharui  pada tahun 1790, sehinggalah kemuian Belanda keluar dari Kepulauan Melayu.
      Pada tahun 1795, melalui Surat surat Kew,Belanda telah  ,menyerahkan Melaka dan semua tanah jajahan di Timur buat sementara kepada British bagi  mengelakkan tanah tanah ini jatuh ke tangan Perancis akibat meletusnya Peperangan Napolean di Eropah.
      Apabila peperangan berakhir,British terpaksa menyerahka n semula Melaka kepada Belanda.


PENDUDUKAN BRITISH

British merupakan satu lagi kuasa Barat yang berminat dengan kekayaan Tanah Melayu. Seperti juga kuasa barat yang lain, British amat berminat untuk menguasai kekayaan ekonomi tanah ini. 
British bermotifkan dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonom. Lama-kelamaan keinginan terus menguasai ekonomi telah membawa kepada campur tangan politik mereka di Tanah Melayu. 

KEDATANGAN BRITISH KE
TANAH MELAYU

Pada awal abad ke-17, muncul pedagang-pedagang awal British di Kepulauan Melayu. Mereka kemudian menghilangkan diri. Sehingga dekad kedua abad ke-18, bilangan mereka semakin berkurangan. Sekitar tahun 1730-an, semakin ramai pedagang British kembali ke negeri Melayu. Pedagang-pedagang ini datang menjual kain dan candu dari India dan kemudian membeli timah dengan harga yang tinggi.

Pada tahun1778, dicatatkan terdapat sebanyak 62 buah kapal British telah ke Melaka. 'Syarikat Perniagaan Madras' yang ditubuhkan pada tahun 1766 telah pergi ke Aceh dan kemudiannya belayar ke Kuala Selangor untuk memasarkan kain dan seterusnya membeli timah. Pedagang-pedagang British juga mengorak langkah ke negeri-negeri Melayu lain seperti Kedah. Sultan Muhammad Jiwa kemudian berjanji dengan seorang lagi wakil British, Edward Monckton bahawa Kedah akan menjual semua hasil gading gajah, lada hitam dan bijih timah kepada Syarikat Hindia Timur British. 

Rentetat daripada kukuhnya pengaruh mereka ini jugalah yang menyebabkan Francis Light berjaya menduduki Pulau Pinang. Namun, sikap Bitish berubah apabila mereka mendapati usaha untuk memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan terganggu. Keadaan tidak aman dalam negeri akibat perebutan takhta dan daerah dalam kalangan putera raja serta pertikaian antara kumpulan kongsi gelap  Cina (Ghee Hin dan Hai San)  untuk menguasai kawasan perlombongan bijih timah menyebabkan campur tangan British.

CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM 
POLITIK NEGERI-NEGERI SELAT


  • Walaupun campur tangan British paling ketara di negeri-negeri Melayu selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, sebenarnya penglibatan British dalam hal ehwal kerajaan Melayu telah berlaku lebih awal lagi. 
  • Penglibatan tersebut dibuktikan melalui peristiwa-peristiwa pendudukan Pulau Pinang, pendudukan Singapura, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dan Penubuhan Negeri-Negeri Selat(NNS).

PENDUDUKAN PULAU PINANG

Sejak tahun 1685, British telah mula mencari tapak yang strategi di Selat Melaka untuk dijadikan pangkalan mereka. Pada tahun 1771, Francis Light menemui sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa dan menyatakan hasrat mencari tapak pengkalan perdagangan. Menemui Gabenor Jeneral NNS pada tahun 1780 dan mencadangkan Ujong Salang, namun cadangannya ditolak. 



Gambar 1.6 Francis Light 

PENDUDUKAN SINGAPURA

Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura apabila beliau mengambil kesempatan terhadap pertikaian antara Tengku Hussin dengan Yang Dipertuan Muda Kerajaan Johor. Yang Dipertuan Muda sebaliknya telah mengangkat Tengku Abdul Rahman, adik Sultan Hussin untuk mengisi jawatan tersebut. Hal ini menyebabkan Sultan Hussin menerima perlawaan Stamford Raffles untuk ditabalkan di Singapura.


Gambar 1.7 Stamford Raffles

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 
1824 

Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 untuk memastikan penguasaan penuh British ke atas negeri-negeri di Tanah Melayu. Pihak British diberikan hak ke atas utara Kepulauan Melayu (termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei) sementara pihak Belanda ke atas kawasan selatan. 

Akibatnya, petempatan asal di kawasan-kawasan tersebut telah menerima kesan yang mendalam pada sistem pentadbiran (Malaysia dan Indonesia).

CAMPUR TANGAN BRITISH DI
NEGERI-NEGERI MELAYU


  • Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu mempunyai dua faktor iaitu faktor ekonomi dan faktor politik.
  • Antara faktor ekonomi adalah untuk memastikan usaha memonopoli hasil-hasil-hasil dagangan utama dapat berjalan dengan lancar. Selain memonopolikan hasil-hasil dagangan,t elah berlaku juga perkembangan Revolusi Perindustrian iaitu proses mengetinan makanan yang memerlukan hasil bijih timah
  • Dari segi dorongan politik pula, Britain sangat terpengaruh dengan dasar liberal dan perdagangan  laissez-faire.
  • Selain itu,dasar imperialisme mulai merebak di Britain dan menyebabkan kuasa asing boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan perhubungan perekonomian dengan  raja-raja melayu.


Campur Tangan di Perak:
         
  • Negeri Perak merupakan negeri melayu yang terawal menerima penjajahan British.
  • Hal ini kerana telah wujud perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi  gelap Cina.
  • Sultan Abdullah yang mangkat telah digantikan oleh Sultan Jaafar.
  • Raja Yusof yang sepatutnya menjadi raja bendahara tetapi disingkirkan dan Raja Ismail dilantik memegang jawatan raja bendahara.
  • Apabila Sultan Jafar mangkat, Raja Yusof dinaikan jawatan yang lebih tinggi kerana Raja Abdullah dilantik sebagai raja muda.

Campur Tangan di Selangor:
  • Campur tangan di Selangor berlaku disebabkan oleh situasi yang tidak aman
  • Kebiasaannya,pembesar-pembesar akan mengutip cukai yang merupakan pendapatan utama pembesar-pembesar dibuat di pintu masuk iaitu di muara – muara sungai.
  • Perbuatan ini telah menjadi satu tradisi.
  • Semasa kapal yang melalui muara sungai itu enggan membayar cukai,mereka akan dipaksa untuk bayar dan dianggap sebagai rompakan atau pelanun.
  • Ramai pedagang dan orang British menyampaikan aduan rompakan kepada Andrew Clerk.
  • Pada bulan Jun 1871, sebuah kapal saudagar Cina dari Pulau Pinang bernama Kim Seong Cheong dirompak di kawasan Raja Mahadi .
  • Oleh itu,British menghantar angkatan tenteranya yang mengandungi 2 buah kapal perang iaitu Pluto dan Rinaldo menggempur kubu Raja Mahadi.
  • Pada 16 November 1873, sebuah kapal british dari Melaka dirompak di Sungai Jugra , Langat berhampiran dengan kediaman Sultan Abdul Samad yang mengakibatkan lapan orang anak kapal rakyat British.
  • Oleh itu, Andrew Clerk menangkap sembilan orang anak Melayu Selangor.
  • Pada Februari 1874, perbicaraan diadakan dan tahanan-tahanan tersebut didapati bersalah dan tujuh orang dihukum mati.
  • Pada  akhir tahun 1873, sebuah kapal British dari Melaka diserang lanun yang memusnahkan rumah api di Tanjung  Tuan.
  • British mengesyaki dalang di sebalik rompakan tersebut ialah kerabat diraja Selangor sendiri.
  • Andrew Clerk meminta bantuan tentera British di Laut China yang dipimpin oleh Charles Shadwell  untuk mengepung dan menyerang Pantai Selangor.
  • Pada bulan Ogos 1874 telah berlaku rompakan di Sungai Langat dan Sungai Labu. Andrew  Clerk berkunjung ke Selangor untuk membuat   rundingan sebanyak tiga kali dengan Sultan Abdul Samad.
  • Hasilnya, Andrew Clerk menempatkan Frank Swettenham dari Singapura sebagai pagawai tadbir awam NNS dan Singapura untuk membantu sekaligus melindungi sultan dan kerajaan Selangor.
  • Kedatangan Frank Swettenham disertai bersama dengan 20 askar Sepoi dan British melantik Frank Swettenham sebagaipenasihat rasmi Sultan Abdul Samad.
  • British meletakkan Selangor dibawa naungan kerajaan British mengikut suratnya yang bertarikh 
  • Oktober 1874.
  • Seorang residen berjaya ditempatkan di Selangor. Selain itu, pelantikan J.G.Davidson sebagai residen pertama manakalaFrank Swettenham dilantik sebagai penolong residen.
Campur Tangan Di Sungai Ujong :
  • British telah campur tangan di Sungai Ujong melalui persaingan yang wujud antara Datuk Kelana dan Datuk Bandar
  • Bertujuan menguasai kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai Linggi.
  • Datuk Kelana bersetuju menerima perlindungan British dan menerima seorang residen British.
  • Datuk Kelana telah diiktiraf sebagai pemerintah sah Sungai Ujong.
  • Melalui perjanjian 16  September 1874, Datuk Kelana diberi seorang penolong Residen iaitu W.I.Tatham.
  • Setelah dikalahkan,Datuk Bandar  tidak lagi campur dalam hal ehwal pentadbiran Sungai Ujong.
Campur tangan di Negeri Sembilan:
                              
  • Campur tangan di Negeri Sembilan berlaku apabila Sir Frederick Weld menguasai daerah –daerah di Negeri Sembilan.
  • Menjelang tahun 1888 , hanya daerah tampin yang belum dapat ditebusi oleh Britsh.
  • Dengan adanya, pengaruh dari daerah Rembau , daerah Tampin bersetuju untuk digabungkan sebagai Seri Menanti.
  • Gabungan ini bersetuju menerima Martin Lister sebagai residen British.
  • Gabungan ini bertambah besar apabila Sungai Ujong dan Jelebu bersetuju untuk turut serta dan menerima Martin Lister sebagai residen British.

Campur Tangan Di Pahang:
                        
  • British campur tangan di Pahang apabila berlakunya  pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur..
  • Wan Ahmad mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Pahang dengan gelaran Sultan Ahmad Muazzam Syah pada bulan disember 1884 .
  • Beliau telah melantik puteranya Tengku Mahmud sebagai pewaris dan Wan Mansur berasa tidak puas hati lalu merancang untuk melancarkan serangan dengan bantuan British.
  • Serangan itu berjaya dihalang.
  • Pada bulan April 1885, Frank Swettenham dihantar ke Pahang untuk menyelesaikan perbalahan ini secara aman.
  • Sultan Ahmad diberi cadangan untuk menerima seorang residen British .
  • Namun usaha Swettenham gagal.
  • Oleh itu, British terus mendesak sultan Ahmad untuk menerima seorang residen Pahang.British telah menerima John Pickersgill Rodger sebagai residen British melalui perjanjian 18 Oktober 1887.188
Sistem Residen               
  • Sistem Residen turut diterima oleh negeri Selangor,Perak,Pahang dan Negeri Sembilan.
  • Jawatan residen merupakan satu strategi British untuk mengawal pentadbiran secara langsung di negeri-negeri Melayu.
  • Seterusnya , membolehkan British lebih berkuasa terhadap negeri-negeri Melayu dalam pemerintahan dan ekonomi tanpa menanggung beban belanja tambahan dan tanggungjawab sepenuhnya yang dilakukan di Negeri-Negeri Selat.
  • Pengawasan British sebagai penjajah adalah melalui institusi politik yang sedia ada,iaitu institusi politik tersebut digunakan dan dipelihara pada nama.
  • Mereka berharap untuk mencetuskan perubahan secara perlahan-lahan. Antara matlamat Sistem Residen adalah untuk menegakkan keamanan melalui peruntukan perundangan. Selain itu,British ingin mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang teratur.
  • Sistem Residen membolehkan British mengeksploitasi sumber semulajadi negeri-negeri Melayu.
 Antara keburukan Sistem Residen ini ialah

  • Tiada sistem yang jelas yang menyebabkan pegawai-pegawai British yang dilantik sebagai residen tidak mempunyai sebarang garis panduan rasmi dalam mencapai matlamat mereka.
  • Residen perlu menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara mereka tanpa mendapat bantuan kerajaan British.
  • Hal ini kerana kerajaan British tidak mahu Sistem Residen menjadi beban kepada mereka.
  • Hal ini telah menyebabkan elaun dan gaji residen dibayar oleh negeri-negeri Melayu.
  • Kesukaran perhubungan antara Gabenor NNS dan masalah –masalah di setiap negeri menyebabkan residen berkuasa penuh dalam usaha menegakkan asas pentadbiran moden.


Negeri-negeri Selat(NNS) :

  • Antara negeri yang terlibat dalam pembentukan Negeri-Negeri Selat ialah negeri Melaka, negeri Pulau Pinang dan negeri Singapura.
  • Pada tahun 1826 ,kesemua negeri tersebut disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-Negeri Selat (NNS).
  • Negeri-Negeri Selat diletakkan di bawah unit pentadbiran Residensi NNS dan Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama NNS.
  • NNS diketuai oleh Gabenor pada peringkat pusat dan dibantu oleh sebuah majlis yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai awam.
  • Gabenor yang pertama ialah Robert Fullerton.
  • Pada peringkat negeri, setiap negeri diketuai oleh seorang Residen Konsular.
  • Pada tahun 1830,NNS telah dijadikan sebuah Residensi dan diletakkan di bawah Residensi Benggala.
  • Pada 1 April 1867,pentadbiran NNS telah diletakkan secara rasmi di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di London.
  • NNS telah dijadikan wilayah pentadbiran Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony).
  • Sistem ini menyebabkan Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Undangan.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu(NNMB) :

             
  • Pada tahun 1895,Sistem Residen semakin kukuh di Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan.
  • Oleh itu, kerajaan British telah menubuhkan NNMB melaui Perjanjian Persekutuan yang meliputi keempat-empat negeri tersebut.
  • Penubuhan ini dikuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896 dan NNMB diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
  • Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor NNS manakala Gabenor bertanggungjawabkepada Pesuruhjaya Tinggi British di London .
  • Residen Jeneral pertama ialah Frank Swettenham.
  • Jawatan residen bagi keempat-empat negeri dikekalkan tetapi tertakluk di bawah bidang kuasa Residen Jeneral yang bertanggungjawab menasihati raja-raja Melayu dalam hal ehwal pentadbiran kecuali agama dan adat istiadat .
  • Kuasa pentadbiran dibahagikan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
  • Sebuah majlis yang dikenali sebagai Durbar ditubuhkan.
  • Majlis ini merupakan sebuah persidangan yang dihadiri oleh raja-raja Melayu bersama-sama pegawai British untuk membincangkan kepentingan NNMB.
Antara faktor penubuhan NNMB ialah
1.Masalah kewangan di Pahang .
  • Penentangan pemimpin –pemimpin tempatan di Pahang yang menyebabkan banyak kerosakan.
  • Penentangan ini menelan belanja yang banyak dari segi peralatan senjata dan bekalan makanan tentera.
  • Negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Perak dan Selangor dapat membantu Pahang menyelesaikan masalah kewangannya.
2.Kelemahan Sistem Residen.
  • Residen mentadbir hal ehwal pertanian,perlombongan ,sistem cukai dan isu-isu lain dengan cara mereka sendiri kerana tiada garis panduan untuk menjalankan pentadbiran dan membentuk pentadbiran yang seragam .
  • Gabungan ini dapat mengawal kuasa residen yang mengatasi kuasa Gabenor British yang berpusat di Singapura.
3. Mengurangkan belanja untuk pentadbiran
  • Sistem pemerintahan berasingan yang membahagikan negeri-negeri Melayu kepada wilayah masing-masing menelan kos yang banyak.
  • Gabungan ini dapat menyelaraskan sistem pentadbiran dan memperbaik sistem perhubungan antara negeri tersebut.
Antara kesan penubuhan NNMB ialah
  1. Penubuhan beberapa jabatan seperti jabatan kerja raya,kewangan dan keadilan yang menyebabkan ramai kemasukan pegawai-pegawai British.
  2. Tumpuan kuasa beralih kepada Residen Jeneral.
  3. Sistem pentadbiran yang lebih tersusun membawa kepada kestabilan ekonomi. 
  4. Sistem pentadbiran tidak puas hati dalam kalangan raja.
Antara anggota yang terlibat dalam Sistem Majlis Mesyuarat Persekutuan ialah
  1. Pesuruhjaya Tinggi yang menggantikan Gabenor NNS.Pesuruhjaya Tinggi menjadi presiden yang berpusat di Singapura.
  2. Residen Jeneral berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi.
  3. Majlis Mesyuarat Persekutuan juga mempunyai empat orang raja Melayu
  4. Empat orang Residen British
  5. Empat orang ahli tidak rasmi iaitu penjaga
  • Majlis Mesyuarat Persekutuan telah diadakan pada 11 Disember 1909 buat kali pertama.
  • Majlis Mesyuarat Persekutuan  telah memberi banyak kesan buruk seperti tiada wakil dari masyarakat tempatan.
  • Hal ini menunjukan orang Melayu kehilangan hak dalam pentadbiran  Negara.
  • Selain itu,kuasa sultan dalam majlis semakin merosot kerana mereka hanya ahli biasa.
  • Mereka tidak boleh membuat keputusan dan mesyuarat ini diadakan tanpa kehadiran mereka.
  • Pesuruhjaya Tinggi mempunyai kuasa yang tinggi berbanding sultan  dan Pesuruhjaya Tinggi boleh melantik dan memberhentikan ahli tidak rasmi iaitu tiga orang Eropah dan seorang Cina mengikut budi bicaranya.
       Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB):


  • Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) dibentuk pada tahun 1909.
  • Apabila British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok.,empat buah negeri yang sebelum ini terletak di bawah naungan kuasa Siam iaitu Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada British.
  • Oleh itu,Penasihat British telah diletakkan di setiap negeri tersebut.
  • Raja Melayu mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidak berkuasa berbanding kuasa Residen di NNMB.
  • Pentadbiran NNMTB berasingan dengan NNMB sehingga Perang Dunia Kedua.
  • British gagal menggabungkan NNMTB dengan NNMB kerana mendapat tentangan hebat daripada raja-raja Melayu di NNMTB.


Pengagihan Kuasa Pusat (Desentralisasi 1920-1941):

  •  Pengagihan kuasa pusat dikemukakan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
  • Antara faktor pengenalan desentralisasi ialah Sultan di NNMB tidak berpuas hati dengan pemusatan kuasa pentadbiran pada Pesuruhjaya Tinggi kerana mereka kehilangan kuasa.
  • Pengenalan Majlis Mesyuarat Persekutuan menyebabkan sultan tidak puas hati kerana tidak memberi kuasa pemutus dan mesyuarat dijalankan tanpa kehadiran sultan.
  • British menyatukan NNMB,NNMTB dan NNS dan British berhasrat mengurangkan perbelanjaan pentadbiran semasa kemelesatan dunia pada tahun 1920-an.
  • Desentralisasi diperkenalkan kerana wujud persaingan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi dalam hal pentadbiran.
  • Sir Lawrence Guillemard telah melakukan banyak perubahan melalui Desentralisasi .
  • Antaranya ialah menyusun semula Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan membawa keluar raja-raja Melayu daripada majlis ini tetapi boleh berhubung terus dengan Pesuruhjaya Tinggi British di London.
  • Selain itu,Majlis Mesyuarat Negeri mempunyai kuasa yang lebih untuk pentadbiran negeri iaitu menguruskan belanjawan negeri.
  • Perubahan yang seterusnya ialah beberapa buah jawatan kerajaan yang berada di bawah peringkat pusat diletakkan dibawah peringkat negeri.
  • Akhir sekali,jawatan Residen Jeneral dihapuskan.
  • Di samping itu,sebuah jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 1923.
  • Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji pengagihan kuasa.
  • Guillemard telah mengemukakan beberapa cadangan yang akhirnya diluluskan.Kuasa raja dipulihkan.
  • Sebagai contoh rang undang –undang hanya sah setelah ditandatangani oleh raja-raja.
  • Cecil Clementi meneruskan usaha pelaksanaan desentralisasi selepas Guillemard.
  • Antara pembaharuan yang dilakukan ialah Cecil Clementi telah memindahkan jabatan yang berada di bawah kerajaan kepada kawalan kerajaan negeri.
  • Contoh jabatan yang dipindahkan adalah Jabatan Pertanian ,Jabatan Pendidikan ,Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kerja Raya.
  • Selain itu kuasa Majlis Negeri dalam hal pentadbiran dan kewangan diperluaskan .
  • Penguasaan ekonomi Tanah Melayu masih diteruskan oleh  British melalui pengenalan Desentralisasi.
  • Hal ini kerana Desentralisasi memudahkan British menguasai negeri-negeri Melayu.




PENDUDUKAN JEPUN


Kesan pendudukan Jepun


Pendudukan Jepun diTanah Melayu memberikan banyak kesan negatif , umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan social , ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang .Antara kesan secara khusus :



Kesan sosial


Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu.penduduk Tanah Melayu khususnya orang cina telah ditindas oleh Jepun.kebanyakkan orang melayu dan india mejadi buruh paksa khususnya untuk membina jalan kereta api maut antara negeri thai dan burma.



Orang-orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu.mereka juga bertembung dengan orang-orang melayu yang tinggal di kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakang .

Kesan Ekonomi

Pada masa pemerintahan Jepun ,kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali,hal ini berlaku kerana British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah.perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan.Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan .Ekonomi dan taraf hidup penduduk merosot . 

Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman makanan seperti ubi kayu,keledek dan keladi.pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi . Penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik.


Kesan politik

Pentadbiran Jepun mengawal pergerakan rakyat dengan ketat.sekatan dan kawalan yang dikenakan oleh tentera Jepun mengakibatkan rakyat hidup dalam kesengsaraan.kesan-kesan politik daripada pendudukan Jepun ialah:
  1. Wujudnya kesedaarn politik yang mendalam dikalangan penduduk Tanah Melayu . Propaganda “asia untuk orang asia” menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.
  2. Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun.orang-orang melayu berasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris . Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang . Sikap antipenjajah di kalangan orang melayu semakin berkembang.

Selepas pendudukan Jepun

Kekalahan tentera Jepun menandakan berakhirnya perang dunia kedua sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu . Negara ini telah dikuasai oleh parti komunis Malaya (lebih dikenali sebagai bintang tiga) selama lebih kurang 14 hari . Ini mengakibatkan berlakunya keadaan kelam kabut.kekacauan,persengketaan dan pertempuran antara kaum(contohnya peristiwa yang berlaku di Batu Pahat) orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.

Gambar 1.15 Pasukan Tentera Jepun Berbasikal selepas Berjaya
Menakluki Tanah Melayu


KESAN KEPADA BANGSA DAN NEGARA

  • Perancangan pembangunan negara perlu mengambil kira kehendak dan kepentingan semua golongan masyarakat bagi memastikan tiada pihak yang terabai dalam mengecapi pembangunan negara.
  •  Kebijaksanaan pemimpin pada masa lepas merancang pembangunan negara telah memberi kesan kepada kerancakan pembangunan hari ini. .
  • Pembetukan dasar-dasar pembangunan sosial telah menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang unik dan aman makmur.



Comments

Popular posts from this blog

5.3.2 Kebudayaan dan Adat Resam

Kerajaan Melayu Lama