Latihan sejarah awal negara




SEJARAH AWAL NEGARA

1. Nyatakan empat orang menteri atau pembesar utama dalam pentadbiran kerajaan Melayu Melaka.

a)Bendahara
b)Penghulu Bendahari
c)Temenggung
d)Laksamana

2. Senaraikan sultan-sultan pertama yang mengasaskan kesultanan baharu bagi negeri-negeri berikut.

a)Johor: Sultan Alauddin Riayat Syah
b)Selangor: Sultan Sallehuddin Riayat Shah
c)Terengganu: Sultan Zinal Abidin
d)Perak: Sultan Muzaffar Shah

 3. Kerajan Johor mengalami kemasukan pengaruh Bugis pada abad ke-17. Nyatakan nama kelima-lima Opu Bugis Lima Bersaudara yang termasyhur itu.

a)Daeng Marewah
b)Daeng Chelak
c)Daeng Kemboja
d)Daeng Perani
e)Daeng Kemasi

4) Namakan dua wilayah pegangan bagi kedua-dua pembesar Melaka berikut.

a) Bendahara

i) Bentan
ii) Muar 

b) Laksamana

i) Siantan
ii) Sungai Raya

5) Nyatakan lima daripada sembilan buah negeri (wilayah) yang berperanan dalam pembentukan awal Negeri Sembilan. 

a) Sungai Ujong
b) Naning
c) Rembau
d) Jelebu
e) Klang

6) Senaraikan negeri-negeri yang terletak di bawah sistem pentadbiran berikut.

Negeri-Negeri Selat
a) Singapura, Melaka, Pulau Pinang

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
b) Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
c) Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu

7) Berikan nama pegawai British pertama yang menjawat jawatan Residen bagi negeri-negeri berikut.

a) J.W.W Birch
b) J.G Davidson
c) John Pickersgill Rodger

8) Lima perjanjian pangkor:

a) Takhta Kesultanan Perak diserahkan kepada Raja Abdullah.
b) Raja Ismail diberi ganjaran Sultan Muda  dan diberi pencen.
c) Daerah Laut diletakkan di bawah seorang Penolong Residen  British  yang  akan bertanggungjawab menasihati Pembesar Larut, Ngah Ibrahim.
d) Sultan Abdullah (pemerintah Perak) bersetuju menerima  seorang Residen British yang akan menasihati sultan dalam hal ehwal pentadbiran negeri, kecuali aspek agama dan adat istiadat.
e) Ketua puak Ghee Hin dan Hai San bersetuju untuk berdamai, melucutkan senjata dan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menangani masalah tuntutan kawasan perlombongan.

9) Lima keanggotaan ahli dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan:

a) Pesuruhjaya Tinggi Gabenor NNS sebagai presiden yang beribu pejabat di Singapura.
b)Residen Jeneral bertanggungjawab terus kepada Pesuruhjara Tinggi.
c) Empat orang raja Melayu negeri terbabit.
d) Empat orang Residen British.
e) Empat orang ahli tidak rasmi mewakili golongan peniaga.

10) Lima faktor mengundang kejayaan Jepun:

a) Pihak British kurang bersedia.
b) Masalah kewangan.
c) Jepun menyerang melalui jalan laut.
d) Persediaan tentera Jepun yang lengkap.
e) Tentera Jepun cukup terlatih, berpengalaman, bersemangat tinggi dan mempunyai taktik yang baik.

11) Nyatakan nama tokoh-tokoh dan tahun-tahun yang berkaitan bagi peristiwa berikut.

a) Penemuan Tanjung Pengharapan oleh Bartholomew Diaz  pada tahun 1488.
b) Ketibaan di Kalikat oleh Vasco da Gama pada tahun 1498.
c) Penawanan Goa Alfonso de Albuquerque oleh pada tahun 1510.

12) Beliau dan timbalannya dibantu oleh Majlis Penasihat yang terdiri daripada tiga badan utama iaitu:

a) Hal Ehwal Militer.
b) Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan.
c) Pentadbiran Orang Tempatan.


13) Berikan nama tokoh-tokoh nasionalis tempatan utama dalam abad ke-20 bagi negeri-negeri berikut.

a) Naning: Dol Said
b) Perak: Dato' Maharajalela
c) Terengganu: Abdul Rahman Limbong



















Comments

Popular posts from this blog

5.3.2 Kebudayaan dan Adat Resam

Kerajaan Melayu Lama

Pendudukan kuasa asing