Sejarah awal negara

SEJARAH AWAL
NEGARA


LATAR BELAKANG SEJARAH
AWAL NEGARA 

  • Sejarah awal negara ini telahpun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu.
  • Penemuan-penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi. 
  • Antara petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan, Perak, Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah.
  • Perkembang ini terus berlaku pada abad-abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam.
KERAJAAN-KERAJAAN 
MELAYU

  • Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu, iaitu akar umbi pembentukan negara Malaysia. 



KERAJAAN MELAKA 



- Kerajaan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu Melaka yang tertua dalam sejarah Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak. 


- Selain Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebelum Melaka seperti kerajaan Funan, Sriwijaya dan Majapahit.



PENGASAS KESULTANAN
MELAKA  

  • Pada tahun 1391, kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit (subuah kerajaan pedalaman di Jawa). 
  • Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudha, Siam. Pemerintah atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji Singapura, iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri.
  • Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut, Parameswara telah bertakhta di Singapura. Namun pada trahun 1398, Ayudha telah membuat serangan balas ke atas Singapura. Kemudian Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu.
  • Walau bagaimanapun, ketika Parameswara sampai di Melaka, di situ telahpun wujud sebuah perkampungan nelayan. Parameswara menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka, iaitu bersempenadengan nama sebatang pohon yang bernama 'Melaka'. 
  • Bermula daripada baginda sehingga ke waris-warisnya, Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia terutama pada abad ke-15.

PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA 
PADA TAHAP AWAL





           



Comments

Popular posts from this blog

5.3.2 Kebudayaan dan Adat Resam

Kerajaan Melayu Lama

Pendudukan kuasa asing