Posts

5.3.2 Kebudayaan dan Adat Resam

Image
       KEBUDA YAAN DAN AD AT RESAM Kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.  Adat resam pula adalah amalan yang diwarisi turun-temurun dalam sesuatu masyarakat dan ianya telah menjadi kebiasaan.  KAUM CINA  Jadual 5.12 Antara Kebudayaan dan Adat Resam Masyarakat Cina Dari segi perayaan, masyarakat Cina mempunyai beberapa perayaan yang disambut dalam satu tahun.  Jadual 5.13 Perayaan-perayaan Masyarakat Cina Gambar 5.5 Suasana Sambutan Tahun Baru Cina oleh Masyarakat Cina Pada peringkat awal penghijrahan, didapati masyarakat Cina mempunyai semangat kesukuan yang kuat.  Dari segi pakaian, kebanyakan masyarakat Cina (kini) berpakaian moden yang bercirikan Barat. Pakaian tradisi golongan wanita Cina sehingga kini masih kekal terutamanya ketika sambutan perayaan. Salah satu dari

Sejarah pilihan raya di Malaysia

Image
SEJARAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA Pada 27 Julai 1955, Pilihan Raya Persekutuan yang pertama di Tanah Melayu telah diadakan. Antara parti yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini adalah;                               a)Parti PERIKATAN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC. PERIKATAN                                    bertanding di kesemua 52 kerusi, seorang bagi tiap-tiap kawasan pilihan raya.                                b) Parti Negara pimpinan Datuk Onn mengemukakan 33 orang calon.                                c) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calon.                                d) Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya ini ialah Parti                                            Buruh, Parti Kemajuan Perak ( kemudian menjadi Parti Kemajuan Rakyat),                                    Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu.    Setelah selesai kiraan undi, PERIKATAN memenangi 51 daripada 52

Latihan sejarah awal negara

SEJARAH AWAL NEGARA 1. Nyatakan empat orang menteri atau pembesar utama dalam pentadbiran kerajaan Melayu Melaka. a)Bendahara b)Penghulu Bendahari c)Temenggung d)Laksamana 2. Senaraikan sultan-sultan pertama yang mengasaskan kesultanan baharu bagi negeri-negeri berikut. a)Johor: Sultan Alauddin Riayat Syah b)Selangor: Sultan Sallehuddin Riayat Shah c)Terengganu: Sultan Zinal Abidin d)Perak: Sultan Muzaffar Shah   3. Kerajan Johor mengalami kemasukan pengaruh Bugis pada abad ke-17. Nyatakan nama kelima-lima Opu Bugis Lima Bersaudara yang termasyhur itu. a)Daeng Marewah b)Daeng Chelak c)Daeng Kemboja d)Daeng Perani e)Daeng Kemasi 4) Namakan dua wilayah pegangan bagi kedua-dua pembesar Melaka berikut. a) Bendahara i) Bentan ii) Muar  b) Laksamana i) Siantan ii) Sungai Raya 5) Nyatakan lima daripada sembilan buah negeri (wilayah) yang berperanan dalam pembentukan awal Negeri Sembilan.  a) Sungai Ujong b) Naning c) Remb

Pendudukan kuasa asing

Image
PENDUDUKAN KUASA ASING    Apabila dunia Eropah mula terdedah dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan serta penjajahan, Tanah Melayu tutur menjadi tumpuan kuasa-kuasa Barat. Tanah Melayu mula mengalami pengaruh pendudukan Barat apabila kerajaan Melayu Melaka ditewaskan Portugis pada tahun 1511. Sememangnya penjajahan bermula pada abad ke-15, Portugis dan Sepanyol adalah antara kuasa Barat yang paling berpengaruh dalam usaha meluaskan kekuasaan masing-masing di Alam Melayu.      Bermula pada tahun 1511 hinggalah negara memcapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, catatan sejarah menunjukkan negara ini telah diduduki kuasa -kuasa asing selama 446 tahun. Pendudukan kuasa asing dimulai oleh Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824) dan British (1824-1957). Selain itu, negara juga pernah diduduki Jepun (1941-1945). Di bahagian lain pula, Negeri-negeri Melayu Utara pernah dinaungi oleh Kerajaan Siam. Rajah 1.2 Pendudukan Kuasa-Kuasa Asing di Tanah Melayu PENDUDUKAN